Arsitek Designer Taman Rumah Minimalis

Arsitek Designer Taman Rumah Minimalis
Google

Selasa, 01 Juli 2008

Taman Mini di Rumah

Taman Mini di Rumah

Bagi yang tinggal di rumah teres, semi-d dan banglo, mempunyai taman mini di perkarangan rumah merupakan satu kemestian terutamanya golongan wanita. Rumah tanpa taman ibarat cincin tanpa permata, sudah cantik tapi masih boleh dicantikkan lagi dan boleh juga di kala ini tidak lengkap sebuah rumah tanpa taman mini. Tambah pula jika rumah tersebut adalah rumah corner lot, pasti ramai yang mengidamkan sebuah taman yang indah dan penuh dengan kehijauan tumbuhan lanskap terpilih.
Untuk membina sebuah taman mini bukanlah susah. Hanya dengan duit, semua jadi. Namun tidak semua taman mini mahal harganya. Dengan pemilihan pokok dan peralatan yang sesuai, sebuah taman yang cantik dapat dibuat. Percayakah anda, taman mini di atas kosnya tidak sampai RM1000?
Apa yang pasti, untuk membina sebuah taman mini yang cantik dan berkualiti, kita perlu mendapatkan pandangan dan kerja-kerja daripada yang pakar dalam nurseri. Sekiranya bajet tidak besar, boleh cuba membuatnya sendiri, namun dikhuatiri hasil kerja kita akan merugikan di masa akan datang, contohnya pokok tidak subur, baja yang kurang sesuai dan lain-lain.
Selamat bertaman.

Sumber : bandarseriputra.blogspot.com

0 comments:

Kata-kata Hikmah..! Jelang Pemilu, Jangan Golput ! Di Pemilu 2009